Untuk pengetahuan pelanggan budiman, miss DHearty cuba-cuba mencari Tudung-tudung jenis bawal yang bidangnya agak besar berbanding yang sedia berlambak di pasaran..Tidak dinafikan memang payah & susah untuk mendapatkannya rupanya (tidak semudah beli di pasar malam). Bukan setakat kurang dijual malah jika ada, warnanya juga agak terhad & harganya agak mahal sedikit.
Namun, jangan risau!! Disini, kalian dengan mudah boleh mendapatkannya. Buat masa ini, kami mengutamakan menyediakan tudung jenis Bawal No. 2 di jahit dengan Batu yang berkualiti & terkini. Harganya juga berpatutan & murah. Harga tudung adalah berdasarkan kepada jenis batunya & penggunaan 3 meter untuk tudung bidang 60'.
Batu SS Manjalara ~ RM60
Batu Matahari ~ RM55
Batu Euzora ~ RM50
Batu Manjalara ~ RM48
cepat-cepat. Sukar untuk mendapatkan Tudung bawal bidang 60'/55' sekarang. Namun, boleh didapati di sini, sila tinggalkan tempahan ada!
Kod: WP01 ~Reserved~ Batu Matahari
Kod:WC02~ Sold to Haida~ Batu Manjalara
Kod: WR03~ Sold to Haida~ Batu Euzora
(dari kanan ke kiri)
Kod: WB04(biru laut) Batu SS Manjalara ~available 1~
Kod: WR05(merah pink) Batu Matahari ~available 1~
Kod: WP06 (Unggu) Batu SS Manjalara~ Sold to Wani~
Gambaran dari dekat
Kod: WR05 & Kod: WP06
Kod: WC07 (Hitam menawan) Batu Matahari ~available 1~
Kod: WG08(Hijau lumut cair) Batu Matahari ~ Sold to Cik Zuhaili ~updated: 11/09/09
Kod: WG09 (Hijau Lumut Pekat) Batu Matahari
~ Sold to Sue ~
Kod: WK10 (krim) Batu SS Manjalara
~ Sold to Sue ~
Kod: WO11 (peach) Batu Matahari
~ Sold to Wani ~
Kod: WY012(kuning Cair)
Batu Matahari
~sold out~
Kod: WW013 (putih)
~ Sold to Sue ~ Batu SS Manjalara
3 lagi Tudung Bawal dalam Stok (Biru Laut, Hitam, Pink) updated: 12.10.2009
"Berkongsi Ilmu, Mencari Ukhuwwah sambil ber OnlineBisnes"
Bagi penghantaran yang melibatkan pengeposan, harga pos akan ditentukan mengikut berat item yang ditempah serta cara pos digunakan sama ada Pos Ekspres, Pos Laju atau Pos Berdaftar.
Jangan risau, harga pos akan dirunding kemudian/selanjutnya dengan pelanggan yang Budiman
"Berkongsi Ilmu, Mencari Ukhuwwah sambil ber OnlineBisnes"
Alhamdulillah, miss D Hearty mendapat soalan yang mencurah-curah berkenaan Tudung D Hearty ini. Antaranya ialah;
Boleh tak kalau nak guna tudung sendiri, tapi minta miss D Hearty jahitkan?
Tudung Kecil atau besar boleh tak, sama ke harganya?
Bolehkah kalau nak jahit manik sahaja atau batu sahaja?
Kain Tudung D Hearty jenis fabrik apa?
DHearty Online Storeterima tidak Tudung Bidang besar?
Berapa harga yang ditawarkan?
Selain Tudung Labuh bulat, apa lagi jenis tudung lain yang di jual?
Justeru, suka Miss D Hearty menjawab dengan rasa rendah hati.
Jawapan bagi soalan-soalan dari pelanggan budiman ialah;
Kalau nak guna tudung sendiri amat dialukan, lebih jimat, lebih banyak kebaikannya. Kerna kita tidak perlu membazir mencari tudung baru. DHearty Online Store memang menyediakan perkhidmatan menjahit Batu/Manik.
Maaf, bagi memenuhi pendirian serta visi kami, kami hanya menerima tempahan untuk tudung labuh bulat atau tudung bidang 55' / 60' sahaja. Justeru harga yang akan kami berikan juga 'standard' harga untuk jenis tudung ini sahaja.
Nak pilih jahitan mana-manapun boleh. Miss D Hearty menawarkan tiga (3) jenis jahitan: Jahit Batu Berlian sahaja, Jahit Manik Sahaja, Jahit Batu Berlian + Manik.
Kain Tudung D Hearty yang kami tawarkan ialah jenis tudung kain biasa yang dipakai oleh pelajar sekolah / Universiti / muslimah-muslimah dewasa. Bukan dari jenis BAWAL ya.
Sudah dijawab seperti di soalan dua (2) dan empat (4).
Harga perkhidmatan kami ini, akan diumumkan entry seterusnya. cuma, penjelasan disini, harga kami meliputi upah perkhidmatan menjahit sahaja tidak termasuk tawaran Tudung D Hearty. Harga tudung adalah mengikut harga pasaran(mungkin akan kurang sedikitlah) kerana kami tidak mengambil untung dari penjualan tudung. sila rujuk link ini untuk tahu harga barangan kami.
Kami juga menawarkan Kain Tudung besar 4 segi bidang 55' / 60' jenis Rozella & Berry made in Turkey (ringan & cantik + tidak jarang). juga jenis Pramit (rujuk gambar). Selain itu, dek ada permintaan, tudung bawal bidang besarjuga kami sediakan dengan jahitan batu2 yang cantik & berkualiti sahaja.
Sekian..
"Berkongsi Ilmu, Mencari Ukhuwwah sambil ber OnlineBisnes"
Alhamdulillah, produk terbaru yang sedang kami usahakan ialah Tudung D Hearty.
Miss D Hearty bukanlah mahu menambah koleksi atau design baru tudung, kerana kami tahu di pasaran sahaja sudah terlalu banyak atau berlambak jenis, design dan pilihan tudung yang ada. Dari tudung ekinnya, sitinya, pashmina, manjalaranya dan pelbagai lagi, namun dalam sedar atau tidak tudung-tudung itu, sudah direka TIDAK mengikut arahan ALLAH (Miss tidak menafikan ada tudung yang benar mengikut syariat). Dan tanpa sedar kita juga ‘ter’ pakai tudung sebegitu. Maka berWASPADALAH! Hati-hati dalam memilih dan membeli. Bak kata bidalan “ Alah membeli, menang memakai”. Bukan menang pada harga yang murah sahaja tetapi biarlah seiring menangnya kita kaum Hawa menjaga IMAN. (Miss dok ingatkan diri sendiri juga ni).
Baiklah, dalam banyak-banyak tudung pula pelbagai cara memakainya boleh dibuat. Ada yang boleh dililit di kepala, diselempang, dan macam-macam lagi. Tetapi, kalau kita semua perasan (yang ini Miss perasan untuk diri sendirilah), ada mereka yang sesuai dan ada yang tidak sesuai memakai tudung ‘trend’ sekarang. Dek faktor bentuk muka dan saiz atau bentuk badan. Macam Miss sendiri, memang tak sesuai, entahlah memang teringin tetapi pernah mencuba, akhirnya ‘kurang’ selesa.
Nah, sebagai alternatif bagi mereka yang macam Miss, rekaan dari Miss D Hearty ini yang belum ada di mana-mana pasaran lagi (dari pemantauan serta pemerhatian Miss setakat ini) pasti menambat hati sesiapa yang masih mengekalkan memakai tudung ini! Juga Miss D Hearty amat mengalu-alukan adik-adik, remaja-remaja, kakak-kakak, Ibu-ibu, Ummi-Ummi, Puan-puan diluar sana yang belum pernah mencuba memakai tudung ini, untuk MENCUBA dan harapan besar dari Miss ialah kita sama-sama men’trend’kan pemakaian tudung jenis ini. Kerna, banyak baiknya, manfaat, dan selamatnya. Sekiranya kita menjaga dan tidak menzalimi diri sendiri, nescaya Allah akan sentiasa memelihara kita sepanjang hari dan sepanjang masa-cuba teliti kes-kes ragut. Dengan pemakaian tudung ini menyukarkan Pemangsa sebenarnya. Biiznillah (dengan izinNya juga).
Nota: Menzalimi diri sendiri = Tidak menjaga aurat sendiri juga boleh dikategorikan menzalimi kerna setiap anggota badan kita dari sekecil-kecil fungsi (saluran darah, urat, usus) sehinggalah sebesar fungsi (jantung, kaki, otak), semuanya makhluk Allah yang setiap saat kerjanya bertasbih kepada Allah.
"Berkongsi Ilmu, Mencari Ukhuwwah sambil ber OnlineBisnes"
Salam dedikasi,
Sampel / contoh koleksi peribadi saya:
Sampel 1
Sampel 2
Rupa sebelum di jahit.
Mungkin tampak 'serius' kepada si pemakai, bak pendapat sesetengah orang.(hmm, pendapat orang lain, miss cuba ambil kira, & ingin membuat sesuatu anjakan paradigma, agar pemakaian tudung labuh bulat ini masih dikekalkan sampai bila2 walaupun dihujani dek trend tudung yg pelbagai kini. DAN juga mengekalkan ciri yang syari'e-tidak sampai melanggar hukum aurat sempurna)
Terma dan Syarat kami tidak susah kerana kami tidak mahu menyusahkan mana-mana Pelanggan setia Anda. Kami yakin kita ada bahagian masing-masing yang telah ditentukan oleh Allah. Kami berharap Anda selesa di sini.
Kami berurusan terus secara online / telefon / sms berlandaskan konsep kePercayaan, keJujuran dan keYakinan.
Sekiranya sudah membuat pembayaran dan penghantaran; masih tidak berpuas hati, item boleh dipulangkan dengan keadaan baik / disusutnilai harga / diganti dengan item lain (mohon bukan pulangan wang) dalam tempoh yang dirasakan sesuai.
Kami tidak galakkan men'cancel' item yang telah dipesan. Namun, masih ada budi bicara disitu jika terdesak.
Last but not least, Selamat melihat dan membeli pelbagai Produk Muslim Anda di sini!
Terima kasih.
InsyaAllah, semoga Allah memberkati dan meredhai urusan kita.
SEPTEMBER 2009 14. En. Ismail: (already post 1) 15. Pn. Nik: (already post) 16. En. Afarizan: (Settled) 17. Pn. Mernie: (Delivered by Pos: EN 227892837 MY) 18. En. Ismail: (Delivered by Pos 2: LX434194482 MY) 19. Ukeen Pinang: (Delivered by Pos: LX524843614 MY) 20.Pn. Shina: (Delivered by Pos: LX434194479 MY)
OKTOBER 2009 21. Cik Hafizah: (Delivered by hand) 22. Pn Hartini: (pass over to Haryati) 23. Pn. Yusmah: (Delivered by hand) 24. Pn. Laily: (pass over to Hafizah) 25. Pn. Shina: (already post) 26. Cik Wani: (Delivered by Pos: EN MY) 27. Pn. Suhailah: (already post) 28. Cik Affiza:(Delivered by hand) 29. Untie Jal Kaur: (Delivered by hand)
NOVEMBER 2009 30.Pn. Sherda: (Delivered by Pos: LX433652955 MY) 31. En Fadzil: (Delivered by Pos: LX433652969 MY) 32. En Rusman: 13 pieces of HOT 2 sold 33. Pn. Mernie: HOT 3 sold 34. Pn. Azliza: (Delivered by Pos Ekspres: PX210778775MY) 35. Pn. Haizi: (Delivered by Pos Ekspress: PX210778774MY) 36. Pn. Aisyah: HOT 2 sold 37. Makcik Zaidah: HOT 1 sold 38. Cik Aminah: HOT 3 sold 39. Pn. Haizi: HOT 3 sold
DISEMBER 2009 40.Siti Najihatus: (Delivered by Pos Ekspress: PX21 077876 7MY) 41. Pn. Arpah: HOT 1 Biru 42. Norliza Taib: 3 HOT 1