Rabu, 8 Julai 2009

Pelancaran TUDUNG D HEARTY..

Alhamdulillah, produk terbaru yang sedang kami usahakan ialah Tudung D Hearty.

Miss D Hearty bukanlah mahu menambah koleksi atau design baru tudung, kerana kami tahu di pasaran sahaja sudah terlalu banyak atau berlambak jenis, design dan pilihan tudung yang ada. Dari tudung ekinnya, sitinya, pashmina, manjalaranya dan pelbagai lagi, namun dalam sedar atau tidak tudung-tudung itu, sudah direka TIDAK mengikut arahan ALLAH (Miss tidak menafikan ada tudung yang benar mengikut syariat). Dan tanpa sedar kita juga ‘ter’ pakai tudung sebegitu. Maka berWASPADALAH! Hati-hati dalam memilih dan membeli. Bak kata bidalan “ Alah membeli, menang memakai”. Bukan menang pada harga yang murah sahaja tetapi biarlah seiring menangnya kita kaum Hawa menjaga IMAN. (Miss dok ingatkan diri sendiri juga ni).

Baiklah, dalam banyak-banyak tudung pula pelbagai cara memakainya boleh dibuat. Ada yang boleh dililit di kepala, diselempang, dan macam-macam lagi. Tetapi, kalau kita semua perasan (yang ini Miss perasan untuk diri sendirilah), ada mereka yang sesuai dan ada yang tidak sesuai memakai tudung ‘trend’ sekarang. Dek faktor bentuk muka dan saiz atau bentuk badan. Macam Miss sendiri, memang tak sesuai, entahlah memang teringin tetapi pernah mencuba, akhirnya ‘kurang’ selesa.

Nah, sebagai alternatif bagi mereka yang macam Miss, rekaan dari Miss D Hearty ini yang belum ada di mana-mana pasaran lagi (dari pemantauan serta pemerhatian Miss setakat ini) pasti menambat hati sesiapa yang masih mengekalkan memakai tudung ini! Juga Miss D Hearty amat mengalu-alukan adik-adik, remaja-remaja, kakak-kakak, Ibu-ibu, Ummi-Ummi, Puan-puan diluar sana yang belum pernah mencuba memakai tudung ini, untuk MENCUBA dan harapan besar dari Miss ialah kita sama-sama men’trend’kan pemakaian tudung jenis ini. Kerna, banyak baiknya, manfaat, dan selamatnya. Sekiranya kita menjaga dan tidak menzalimi diri sendiri, nescaya Allah akan sentiasa memelihara kita sepanjang hari dan sepanjang masa-cuba teliti kes-kes ragut. Dengan pemakaian tudung ini menyukarkan Pemangsa sebenarnya. Biiznillah (dengan izinNya juga).

Nota: Menzalimi diri sendiri = Tidak menjaga aurat sendiri juga boleh dikategorikan menzalimi kerna setiap anggota badan kita dari sekecil-kecil fungsi (saluran darah, urat, usus) sehinggalah sebesar fungsi (jantung, kaki, otak), semuanya makhluk Allah yang setiap saat kerjanya bertasbih kepada Allah.

"Berkongsi Ilmu, Mencari Ukhuwwah sambil ber OnlineBisnes"


Salam dedikasi,



Sampel / contoh koleksi peribadi saya:

Sampel 1

Sampel 2














Rupa sebelum di jahit.

Mungkin tampak 'serius' kepada si pemakai, bak pendapat sesetengah orang.(hmm, pendapat orang lain, miss cuba ambil kira, & ingin membuat sesuatu anjakan paradigma, agar pemakaian tudung labuh bulat ini masih dikekalkan sampai bila2 walaupun dihujani dek trend tudung yg pelbagai kini. DAN juga mengekalkan ciri yang syari'e-tidak sampai melanggar hukum aurat sempurna)





























0 Tempahan / Komen:

Catat Ulasan

HOT 3

Tudung Taaj (klik)

DH T-Shirt

 

Template by NdyTeeN