Ahad, 12 Julai 2009

Soalan-soalan Penting!

Alhamdulillah, miss D Hearty mendapat soalan yang mencurah-curah berkenaan Tudung D Hearty ini. Antaranya ialah;
  1. Boleh tak kalau nak guna tudung sendiri, tapi minta miss D Hearty jahitkan?
  2. Tudung Kecil atau besar boleh tak, sama ke harganya?
  3. Bolehkah kalau nak jahit manik sahaja atau batu sahaja?
  4. Kain Tudung D Hearty jenis fabrik apa?
  5. DHearty Online Store terima tidak Tudung Bidang besar?
  6. Berapa harga yang ditawarkan?
  7. Selain Tudung Labuh bulat, apa lagi jenis tudung lain yang di jual?
Justeru, suka Miss D Hearty menjawab dengan rasa rendah hati.

Jawapan bagi soalan-soalan dari pelanggan budiman ialah;

  1. Kalau nak guna tudung sendiri amat dialukan, lebih jimat, lebih banyak kebaikannya. Kerna kita tidak perlu membazir mencari tudung baru. DHearty Online Store memang menyediakan perkhidmatan menjahit Batu/Manik.
  2. Maaf, bagi memenuhi pendirian serta visi kami, kami hanya menerima tempahan untuk tudung labuh bulat atau tudung bidang 55' / 60' sahaja. Justeru harga yang akan kami berikan juga 'standard' harga untuk jenis tudung ini sahaja.
  3. Nak pilih jahitan mana-manapun boleh. Miss D Hearty menawarkan tiga (3) jenis jahitan: Jahit Batu Berlian sahaja, Jahit Manik Sahaja, Jahit Batu Berlian + Manik.
  4. Kain Tudung D Hearty yang kami tawarkan ialah jenis tudung kain biasa yang dipakai oleh pelajar sekolah / Universiti / muslimah-muslimah dewasa. Bukan dari jenis BAWAL ya.
  5. Sudah dijawab seperti di soalan dua (2) dan empat (4).
  6. Harga perkhidmatan kami ini, akan diumumkan entry seterusnya. cuma, penjelasan disini, harga kami meliputi upah perkhidmatan menjahit sahaja tidak termasuk tawaran Tudung D Hearty. Harga tudung adalah mengikut harga pasaran(mungkin akan kurang sedikitlah) kerana kami tidak mengambil untung dari penjualan tudung. sila rujuk link ini untuk tahu harga barangan kami.
  7. Kami juga menawarkan Kain Tudung besar 4 segi bidang 55' / 60' jenis Rozella & Berry made in Turkey (ringan & cantik + tidak jarang). juga jenis Pramit (rujuk gambar). Selain itu, dek ada permintaan, tudung bawal bidang besarjuga kami sediakan dengan jahitan batu2 yang cantik & berkualiti sahaja.
Sekian..

"Berkongsi Ilmu, Mencari Ukhuwwah sambil ber OnlineBisnes"


Salam dedikasi,

0 Tempahan / Komen:

Catat Ulasan

HOT 3

Tudung Taaj (klik)

DH T-Shirt

 

Template by NdyTeeN